Followers

Friday, 20 May 2011

OH Guruku , dekat di hati

                               SELAMAT HARI GURU



     Guru Oh Guru – BY HAZIQ HUSSIN

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya


Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu


Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

-sajak sempena persembahan pada sambutan hari guru SAMDAS dan SARKIDS ..hihi

dari apa yang sajak di atas maksudkan ialah seseorang (atau guru2 yang mengajar kita)..penuh dengan ikhlas dan semangat untuk mendidik kita , pengorbanan,ketulusan hati,dan kesedihan yang tersembunyi di dalam hatinya..salah silap semuanya diperbetulkan olehnya dengan cara yang boleh kita ikuti dan kepenatan yang serik dari jauh ke sini semata-mata ingin mendidik kita berjaya ke menara gading...


walaupun sumber pembelajarannya terhad,namun kesungguhan itu adalah datang dari niat kita yang betol2 ingin mencari ilmu .......terima kasih guru 


  • this pics showed our activities in teacher's day celebaration ..huhu..its awesome

ustaz.yusop ,pengetua sekolah

saksikan lah gelagat kami dengan muka gembira bersama-sama menyambut hariiiii guuuruu :)


tiup tepong acara sukaneka yang pertama dimainkan 


semangat adik kita nih ,,tahniah sebab dapat naib johan..wahh


Tidak lupa juga guru yang turut bertanding dalam acara tersebut,,go go go !!


DUA diantara guru2 yang bertanding sudah mendahului garisan penamat..
syabas !!!!!!!












sarkids


peserta banat samdas


ust,haswadi,,berjaya menjaringkan gol..1-0






teachers2..yang get rest before continue the next games


adik2ku insyallah boleh,,


botol yang diguna,dijadikan peralatan untuk acara bola boling,,,
kitar semula tak kami??!!..huhuhu :D


irsyad miRZA...hohoho


bola boling


haziq,murid kelas 1ehsan..


ust.yusof,,baling ust. bagi kena


ust.wan yussof,,baling derah2 


ustz.ju, yeyeye


guru subjek matematik,puan.rabitah ...cantikknye balingan cikgu, 
kalau ikutkan kedudukan cikgu sekarang adalah 90 darjah


dengar dulu instruction kalau nak menang..hihii


ibu musang' game


guru subjek english,puan.sofia hayati


seterusnya,acara rebut kerusi (banat(

1.2.3. mulaaaaaaa !!




akhirnya tertumpas juga cikgu suhana,,ustz.rokiah is the winner!!!


rebut kerusi (lelaki)


semua gelagat2 guru2 dan kwn2 serta adik2 sya..akan kami ingati dan akhirnya kami inginkan kebahagiaan dalam perpisahan....

penYampaian hADiah kepadA guru2 kami..



















sebuah kek yang dikhaskan buatnya semoga berbahgia


cikgu2,ustzah2 dgn kepulangan hdiah yang diterima oleh ank2 muridnya di SAMDAS dan SARKIDS

majlis sambutan hari guru ini berakhir dengan seribu ampun dan maaf dari murid-murid 
yang mempelajari segala ilmu  yang datang dari seorang guru yang berjaya dan 
seorang yang pengasih sayang.....























































No comments:

Post a Comment